Program pagi telah dijalankan seawal minggu pertama lagi.Setiap hari dari jam 7.10 hingga 7.40 pelajar akan berhimpun di lapang atur . Aktiviti dimulakan dengan membaca buku-buku cerita yang telah dibekalkan oleh PSS di Sudut Membaca Sejenak sementara menunggu guru yang bertugas memulakan program pagi. Hari Isnin merupakan hari Panitia Bahasa Melayu, Selasa -Panitia Matematik, Rabu- Panitia Bahasa Inggeris dan Jumaat - Panitia Agama Islam. Kesemua panitia telah merancang program masing-masing dan akan dilaksanakan sehinggalah ke hujung tahun.
Wednesday, January 20, 2010
PROGRAM PANITIA DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Wednesday, January 20, 2010
Program pagi telah dijalankan seawal minggu pertama lagi.Setiap hari dari jam 7.10 hingga 7.40 pelajar akan berhimpun di lapang atur . Aktiviti dimulakan dengan membaca buku-buku cerita yang telah dibekalkan oleh PSS di Sudut Membaca Sejenak sementara menunggu guru yang bertugas memulakan program pagi. Hari Isnin merupakan hari Panitia Bahasa Melayu, Selasa -Panitia Matematik, Rabu- Panitia Bahasa Inggeris dan Jumaat - Panitia Agama Islam. Kesemua panitia telah merancang program masing-masing dan akan dilaksanakan sehinggalah ke hujung tahun.
Ceramah Motivasi dan Disiplin Murid 2010
Pada perhimpunan rasmi Isnin , 11 Januari 2010 yang lalu satu ceramah motivasi dan disiplin telah sampaikan oleh Tn.Haji Abd.Manaff b. Md.Daud ,YDP PIBG SK Tampin.Ceramah ini bertujuan untu memberikan suntikan semangat kepada pelajar SK Tampin untuk menjadi murid yang baik dari segi emosi dan rohani.Diharapkan ceramah ini dapat memberikan input yang berguna kepada para pelajar SK Tampin.
Tuesday, January 19, 2010
MESYUARAT AJK INDUK PSS KALI PERTAMA
Tuesday, January 19, 2010
Mesyuarat Induk PSS telah diadakan pada 13 Januari yang lalu.Mesyuarat ini membincangkan aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan pada sepanjang tahun 2010 ini.Diharapkan AJK Induk PSS dapat menjalankan tugas dengan baik lagi.Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga buat semua AJK kerana telah menjayakan program tahun lepas dengan jayanya.
LATIHAN RUMAH SUKAN KINI BERMULA....
Latihan rumah sukan SK Tampin telah bermula pada 12 Januari yang lalu . Sukan Tahunan SK Tampin kali ke 24 akan diadakan pada 10 Februari akan datang.Pelbagai acara akan dipertandingkan. Guru-guru rumah juga sedang giat menjalankan latihan demi untuk mencari atlit yang terbaik untuk rumah masing-masing. Diharapkan semua warga SK Tampin akan bertanding dan bersaing secara sihat . Selamat Berjaya diucapkan kepada semua.
Monday, January 18, 2010
PENDAFTARAN TAHUN 1 2010
Monday, January 18, 2010



Pendaftaran Tahun 1 bagi sessi 2010 telah diadakan pada 2 Januari yang lalu. Taklimat ringkas tentang program Transisi telah diberikan kepada ibubapa dan penjaga yang hadir. Selain itu ustazah yang terlibat turut menerangkan tentang program j-Qaf serta kelas agama petang. Kutipan yuran dan jualan buku juga turut diadakan pada hari tersebut. Selamat memasuki alam persekolahan kepada pelajar-pelajar Tahun 1.
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA



Mesyuarat guru kali pertama telah diadakan pada 28 dan 29 Disember yang lalu.Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 untuk tujuan penambahbaikan dan persiapan menghadapi tahun 2010.Mesyuarat Ko-kurikulum dan HEM dijalankan pada 29 Disember. Guru - guru SK Tampin juga menerima agihan tugas yang akan dilaksanakan bagi tahun 2010.Diharapkan semua guru akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga SK Tampin.
SELAMAT TAHUN BARU 2010
PSS SKT ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010"kepada semua warga SKT , ibubapa/penjaga , bekas - bekas pelajar dan semua yang mengenali SKT.Semoga tahun baru ini akan membawa kebahagiaan,kejayaan,kegemilangan kepada sekolah kita yang tercinta ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































