MATLAMAT PSS


MATLAMAT PUSAT SUMBER
Mempertingkatkan taraf pendidikan di Sek.Keb.Tampin secara menyeluruh.
Membentuk profesion guru yang berpendidikan untuk membantu pembangunan sahsiah guru , pembangunan nusa , bangsa dan agama.
Membentuk golongan pelajar Sek.Keb.Tampin yang berilmu , dinamis , kreatif dan berdisiplin.
Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan menyebarkan maklumat terkini.
Memupuk tabiat belajar , menyelidik dengan penggunaan maklumat yang sistematik

.
DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
· Tempat koleksi maklumat dan bahan yang ditempatkan di dalam sebuah bilik atau ruang ataupun bangunan.
· Pusat memberi perkhidmatan dan pendedahan mengenai bahan , organisasi dan sekolah yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
· Menyediakan ruang dan alat untuk menghasilkan bahan – bahan pembelajaran.tempat untuk menyimpan bahan – bahan bercetak dan bukan bercetak.
· Penyampai maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
· Diuruskan oleh kakitangan terlatih atau separa terlatih.
· Pusat latihan ikhtisas untuk kakitangan sekolah


KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tampin lebih merupakan satu punca
pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.Oleh itu penubuhannya serta
pengurusan melibatkan kerjasama semua pihak yang berkaitan dengan
sekolah.
Pusat Sumber Sekolah juga adalah nadi dalam perkembangan kurikulum
dan korikulum di sekolah.Di sinilah tempat untuk mengumpul ,membina,
memproses dan mengedarkan bahan- bahan cetak dan bahan bukan
bercetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi
perkidmatan yang memudahkan penggunaan atau bahan dengan
perancangan yang sistematik.


OBJEKTIF PUSAT SUMBER
Sebagai pusat mengumpul dan mengedarkan semua jenis alat / bahan mengajar untuk kemudahan guru dan murid mencapai akademik yang baik.
Membentuk dan membuat alat-alat dan bahan mengajar berharga murah dengan kerjasama PSPN , UTP ,PKG dan kakitangan sumber.

Membantu Jawatankuasa Kurikulum Sekolah khususnya KBSR terhadap penggunaan dan integrasi media dalam kurikulum sekolah bagi meningkatkan proses P & P.

Menggalakkan guru – guru menggunakan alat untuk P & P

Sebagai pusat bagi mengumpul dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat dan perubahan baru dalam teknologi pendidikan yang boleh di perolehi dari PSPN , UTP , pusat pengajian tinggi dan lain – lain agensi kerajaan dan swasta.

Melatih guru-guru supaya berdikari , kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah P & P di sekolah masing-masing.

Mengadakan bengkel , ceramah dan seminar mengenai Teknologi Pendidikan dengan penceramah dari luar

VISI

Pusat Sumber SK TAMPIN sebagai pusat sumber cemerlang yang membekal dan menyalurkan maklumat dan rujukan dalam bentuk pelbagai media untuk dinikmati oleh semua warga SK TAMPIN.
MISI
Untuk melahirkan masyarakat bermaklumat melalui penerokaan ilmu

MOTO
KECEMERLANGAN PELAJAR BERMULA DI PSS