
Monday, February 15, 2010
Sunday, February 14, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Kursus Kepimpinan Pengawas
Kursus Kepimpinan dan Pembentukan Sahsiah Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Jawatankuasa KoKurikulum ini dapat dijalankan dengan lancar kerana segala persiapan dewan telah bermula dari hari Jumaat lagi. Program banyak memberi penekanan kepada meningkatkan kemahiran memimpin dan membina sahsiah yang baik di kalangan semua Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta Jawatankuasa KoKurikulum yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan AJK. Selain itu, diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat menonjolkan bakat kepimpinan yang dimiliki dan mengembangkan di sekolah menengah nanti agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara Tercapai.
Slot yang disampaikan oleh Encik Chan Kau Chai banyak memberi gambaran jelas terhadap penubuhan kelab, persatuan dan badan beruniform dan seterusnya aktiviti main peranan yang ditunjukkan oleh murid dapat memberi pengetahuan kepada murid bagaimana mengendalikan sesuatu mesyuarat.
Kehadiran murid amat menggalakkan dan mereka lebih suka slot yang melibatkan tayangan video dan main peranan kerana ia membantu kefahaman murid-murid.


Monday, February 8, 2010
Program Motivasi Keibubapaan








Program Motivasi Keibubapaan yang diadakan pada hari Khamis, 4 Febuari 2010 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Tampin lalu adalah merupakan salah satu program yang dirancang untuk menjana perkembangan minda dan kognitif ibubapa ke arah pemikiran yang lebih positif terhadap kejayaan anak-anak pembinaan negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Program ini telah dijalankan dengan lancar bermula dengan taklimat Program Akademik Cemerlang oleh Puan Azizah Ab Manan, Guru Besar SKT dan disusuli ceramah motivasi keibubapaan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Zulkarnain Itam, GPK Modal Insan Maahad Ahmadi Gemencheh. Program ini banyak memberi input kepada ibu bapa dan penjaga tentang rancangan sekolah untuk murid Tahun 6 dan kesedaran tentang peranan ibu bapa dan penjaga dan seterusnya berusaha mencapai matlamat dan objektif program.
Walaupun kehadiran ibu bapa dan penjaga tidak mencapai tahap 100 peratus kehadiran yang dijangka, namun pengisian program yang ringkas dan padat dapat memberi kepuasan hadirin. Malah, mereka bersedia memberi sokongan kepada semua Program Akademik Cemerlang yang dibentangkan oleh Puan Azizah Ab Manan, Guru Besar SKT dan akan meghadiri perjumpaan yang akan datang