Friday, January 29, 2010
Wednesday, January 20, 2010
PROGRAM PANITIA DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Program pagi telah dijalankan seawal minggu pertama lagi.Setiap hari dari jam 7.10 hingga 7.40 pelajar akan berhimpun di lapang atur . Aktiviti dimulakan dengan membaca buku-buku cerita yang telah dibekalkan oleh PSS di Sudut Membaca Sejenak sementara menunggu guru yang bertugas memulakan program pagi. Hari Isnin merupakan hari Panitia Bahasa Melayu, Selasa -Panitia Matematik, Rabu- Panitia Bahasa Inggeris dan Jumaat - Panitia Agama Islam. Kesemua panitia telah merancang program masing-masing dan akan dilaksanakan sehinggalah ke hujung tahun.
Ceramah Motivasi dan Disiplin Murid 2010
Pada perhimpunan rasmi Isnin , 11 Januari 2010 yang lalu satu ceramah motivasi dan disiplin telah sampaikan oleh Tn.Haji Abd.Manaff b. Md.Daud ,YDP PIBG SK Tampin.Ceramah ini bertujuan untu memberikan suntikan semangat kepada pelajar SK Tampin untuk menjadi murid yang baik dari segi emosi dan rohani.Diharapkan ceramah ini dapat memberikan input yang berguna kepada para pelajar SK Tampin.

Subscribe to:
Posts (Atom)