Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn.Rohana Mohd Yusof di sekolah SK Tampin.Rakaman kesedihan kami kerana perginya seorang guru besar yang berjiwa besar berpindah ke sekolah lain,merupakan satu kehilangan.Beliau banyak menumpahkan keringat dan idea dalam mengubah landskap sekolah dari dahulu hingga ke hari ini.Sekolah yang indah permai ini , bersih dan rapi menjadi pengisi mimpi kami dalam setiap lena. Sekolah yang cantik berseri ini menjadi kebanggaan kami dalam setiap jaga.Namun lena dan jaga kami,terusik dengan berita perpindahan beliau ke SK Tunku Besar , Tampin.Oleh kerana jarak perpisahan tidaklah sejauh mana , kami tetap akan berasa iri jika jiran pula akan melebihi kami.Adat berjiran , jengok-menjengok dan bertanya khabar diharap dapat mengubat rindu kami.
Beliau merupakan penggerak utama kemajuan akademik dan kokurikulum.Demikian banyaknyanya pencapaian hingga ke peringkat kebangsaan yang telah berjaya di raih oleh SK Tampin.
Saya mewakili semua warga SK Tampin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas baik budi,sahsiah ,kerja keras , idea dan jasa yang tidak terhingga yang akan terus segar menjadi contoh dan role model dalam hidup kami.SELAMAT BERTUGAS DI SKTBS.
Pucuk pauh delima batu.
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan